Barcelona 1992 Paralympic Games

Sukan Paralimpik Musim Panas 1992 (Bahasa Inggeris: 1992 Summer Paralympics, Bahasa Sepanyol: Juegos Paralímpicos de Verano de 1992; Bahasa Catalan: Jocs Paralímpics d'estiu de 1992) atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-9 (Bahasa Inggeris: 9th Summer Paralympics Games) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Barcelona, Spain.[3] Tambahan lagi, Sukan Paralimpik bagi Orang Kurang Upaya Mental turut diadakan selepas itu di Madrid.[2]Amerika Syarikat telah mendapat tempat pertama dalam jadual pingat keseluruhan dengan 175 buah pingat (75 pingat emas), diikuti dengan Jerman dan Great Britain. Afrika Selatan menyertai semula Sukan Paralimpik setelah penglibatannya "tidak diingini" oleh IPC atas sebab pengamalan dasar apartheid.[4][5] Temasya ini juga merupakan Sukan Paralimpik yang pertama bagi Algeria, Burkina Faso, Chile, Taipei Cina, Costa Rica, Cuba, Republik Dominika, Iraq, Myanmar, Namibia, Nigeria, Pakistan, Panama, Seychelles, Tanzania, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Uruguay dan Yaman.Ekoran daripada pembubaran Kesatuan Soviet dan Yugoslavia, Croatia, Estonia, Latvia, Lithuania dan Slovenia menyertai Sukan Paralimpik 1992 sebagai negara merdeka, manakala negara bekas Kesatuan Soviet yang lain bertanding di bawah Pasukan Bersatu. Jerman bertanding sebagai satu negara yang bersatu buat pertama kali setelah Tembok Berlin diruntuhkan.

Barcelona 1992 Paralympic Games

Upacara pembukaan 3 September (BCN)
15 September (MAD)
Penyertaan negara 82 (BCN)
75 (MAD)[1]
Penyertaan atlet 3,020 (BCN)
1,600 (MAD)[1][2]
Stadium utama Estadi Olímpic de Montjuïc (BCN)
Palacio de Deportes de la Comunidad de Madrid (MAD)
Obor paralimpik Antonio Rebollo (BCN)
Coral Bistuer (MAD)
Acara 508 dalam 20 sukan
Bandar tuan rumah Barcelona dan Madrid, Sepanyol
Pembukaan dirasmikan oleh Ratu Sofía
Upacara penutupan 14 September (BCN)
22 September (MAD)
Cogan kata Sport Without Limits
(Bahasa Melayu: Sukan Tanpa Had)
(Bahasa Catalan: Esport Sense Límits)
(Bahasa Sepanyol: Deporte Sin Límites)